|
PERLEMBAGAAN TAMAN BUKIT JALIL RUNNING CLUB FASAL 1. NAMA Kelab ini dikenali sebagai TAMAN BUKIT JALIL RUNNING CLUB di dalam
Perlembagaan ini. FASAL 2.
ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
2.1
Alamat
Berdaftar Alamat berdaftar TAMAN BUKIT JALIL RUNNING
CLUB ialah di 32, Jalan 4/152, Taman
Perindustrian OUG, Batu 6, Jalan Puchong, 58100 Kuala Lumpur. 2.2
Alamat
Urusan Alamat urusan TAMAN BUKIT JALIL RUNNING
CLUB ialah di 32, Jalan 4/152,
Taman Perindustrian OUG, Batu 6, Jalan Puchong, 58100 Kuala Lumpur. 2.3 Alamat berdaftar
dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk
Kelab dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis
daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia. FASAL 3. DEFINISI 3.1.
KELAB bermakna TAMAN
BUKIT JALIL RUNNING CLUB. 3.2.
MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang wajib diadakan oleh kelab ini pada tiap-tiap tahun seperti yang
disebutkan dalam fasal 11.2 Perlembagaan ini. 3.3.
JAWATANKUASA
INDUK bermakna
Jawatankuasa Induk bagi Kelab seperti yang disebutkan dalam fasal 14
Perlembagaan ini. 3.4.
JAWATANKUASA bermakna
Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini
mengikut fasal 16. 3.5.
PEJABAT bermakna
alamat urusan Kelab seperti yang ditetapkan dalam fasal 2 perlembagaan ini. 3.6.
AHLI KELAB bermakna ahli seperti yang disebutkan dalam fasal 5 Perlembagaan ini. 3.7.
PESURUHJAYA
bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di
bawah seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997. FASAL 4. OBJEKTIF DAN MATLAMAT 4.1
Untuk menggalakkan dan membangunkan sukan Olahraga di peringkat Kelab. 4.2
Untuk mengekalkan hubungan baik dan
kedudukan baik dengan semua badan
pengelola dan pengawalseliaan daerah, negeri dan kebangsaan bagi sukan Olahraga. 4.3
Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan
kaedah-kaedah Kelab dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli. 4.4
Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna
kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan
lain yang dipegang oleh anggota. 4.5
Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya
serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua
wangnya bagi tahun kewangan Kelab yang sebelumnya, dikemukakan kepada
Pesuruhjaya Sukan berserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh
Pesuruhjaya Sukan. 4.6
Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi
ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili Kelab
dalam sukan Olahraga adalah terbuka dan adil. 4.7
Untuk mewakili Kelab dalam mana-mana
pertandingan sukan Olahraga. 4.8
Menjalankan sebarang kegiatan amal atau
sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Kelab, asalkan tidak
bercanggah dengan undang-undang negara.
4.9.
Semua wang keuntungan yang didapati oleh
Kelab daripada
penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan
digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan
menjalankan objektif dan matlamat Kelab ini. Sungguhpun begitu,
peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat
dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau
kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Kelab ini. Kelab
juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki
harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan
dalam Tabung Kewangan Kelab. FASAL 5. KEAHLIAN Keahlian Kelab
ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada tiga (3)
kategori seperti berikut :- 5.1 Ahli
Biasa Individu-individu
yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan telah diterima keahliannya
oleh Jawatankuasa Induk Kelab dan boleh mengundi serta diundi. 5.2
Ahli Kehormat Individu-individu
yang pernah berjasa kepada kelab atau individu-individu yang boleh memberi
sumbangan kepada kelab yang dilantik
oleh Jawatankuasa Induk Kelab tetapi tidak boleh mengundi dan diundi. 5.3
Ahli Remaja Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke bawah dan mesti
mendapat kebenaran bertulis daripada
ibu/bapa/penjaga serta diluluskan oleh Jawatankuasa Induk. FASAL 6. YURAN KEAHLIAN 6.1
Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran kepada Kelab seperti berikut :-
FASAL 7. PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI Semua permohonan untuk menjadi ahli
hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada
Setiausaha. Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang
permohonan tanpa memberi alasan. FASAL 8. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI 8.1. Tiap-tiap ahli Kelab dibenarkan
menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab ini. 8.2 Setiap
ahli Kelab berhak menerima dengan percuma satu salinan Perlembagaan Kelab
sekali sahaja semasa pendaftaran. FASAL 9. HAK MENGUNDI DALAM
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
9.1 Ahli Biasa Semua Ahli Biasa
yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari tahun
tersebut adalah berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan
boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut. FASAL 10. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 10.1 Mana-mana ahli Kelab yang membuat
permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu
diluluskan oleh Jawatankuasa Induk adalah dianggap sebagai telah berhenti
menjadi ahli Kelab. 10.2 Setiap ahli Kelab yang didapati
menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan Kelab
bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh masa
sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Tatatertib. Sebelum tindakan sedemikian diambil, ahli
itu hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli berkenaan hendaklah diberi
peluang untuk membela diri. Pemecatan
atau penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Tatatertib. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan
kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh
keputusan Jawatankuasa Tatatertib. Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa samada
untuk menerima, menolak atau membuat apa-apa keputusan yang lain berhubung
dengan rayuan tersebut dan keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad. FASAL 11. MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN 11.1 Mesyuarat Agung Tahunan adalah badan yang
tertinggi dan menyeluruh bagi Kelab
ini berdasarkan kepada objektif dan matlamatnya. 11.2 Mesyuarat
Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh 31 Mac tiap-tiap
tahun pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk.
Sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis, hendaklah diberikan secara
bertulis oleh Setiausaha kepada semua ahli Kelab. Notis itu hendaklah
disertakan dengan agenda mesyuarat bersama-sama dengan semua salinan dokumen
yang dinyatakan dalam agenda tersebut. 11.3 Korum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah
dihadiri oleh tidak kurang satu pertiga (1/3) daripada bilangan keahlian yang
layak mengundi. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari
masa yang ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru
dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih lagi tidak mencukupi
pada tarikh baru mesyuarat itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan
mesyuarat seperti yang telah ditetapkan. 11.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada
semua ahli dan Pesuruhjaya Sukan salinan Penyata Tahunan tiap-tiap Mesyuarat
Agung Tahunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesainya mesyuarat
itu. FASAL 12. MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN
12.1 AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Mesyuarat Agung
Tahunan mestilah mengandungi antara lain agenda-agenda
berikut :- i.
menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat
Agung Tahunan yang lepas; ii.
menerima dan meluluskan Laporan
Jawatankuasa berkenaan kegiatan kelab
dalam sepanjang tahun yang lalu; iii.
menerima dan meluluskan laporan Bendahari
dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi
tahun yang lalu. iv.
menguruskan hal-hal lain yang dibentangkan
di dalam mesyuarat Agung Tahunan ; dan
v.
memilih Jawatankuasa Induk yang baru
mengikut fasal 14.1 perlembagaan
ini dan melantik dua (2) orang
juruaudit mengikut fasal 20.1
perlembagaan ini setiap dua (2) tahun
sekali. FASAL 13. MESYUARAT AGUNG KHAS 13.1 Mesyuarat Agung Khas bagi Kelab ini boleh diadakan: i.
bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa
Induk atau dengan kehendak Pengerusi ;
atau ii.
atas permintaan secara bertulis oleh tidak
kurang daripada separuh(1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan
menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya. 13.2 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh
ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu (1) bulan
dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat. 13.3 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat
Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha
sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
bermesyuarat. 13.4 Korum Mesyuarat Agung Tahunan boleh
digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak
mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi
mesyuarat itu, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya
enam (6) bulan daripada tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan
ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan. 13.5 Tidak boleh diadakan pemilihan dalam
Mesyuarat Agung Khas. FASAL 14. JAWATANKUASA INDUK 14.1 Jawatankuasa Induk Kelab hendaklah terdiri
daripada:
i.
seorang (1 ) Pengerusi
ii.
seorang (1) Timbalan Pengerusi
iii.
seorang (1) Naib Pengerusi
iv.
seorang (1) Setiausaha
v.
seorang (1) Penolong Setiausaha
vi.
seorang (1) Bendahari
vii.
seorang (1) Penolong Bendahari, dan
viii.
empat (4) orang Ahli Jawatankuasa 14.2 Pemegang-pemegang jawatan dalam
Jawatankuasa Induk dan
dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah :- i.
berumur lapan belas (18) tahun ke atas; ii.
bukan seorang yang muflis; iii.
tidak pernah dikenakan tindakan disiplin
oleh mana-mana badan sukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu; iv.
tidak disabitkan kesalahan jenayah dalam
tempoh lima (5) tahun yang lalu; dan v.
Sempurna akal 14.3 Mana-mana pemegang jawatan yang didakwa di
Mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-
merta. 14.4 Sekiranya terdapat kekosongan jawatan
disebabkan penjawat Jawatan telah melepaskan jawatan
ataupun telah meninggal dunia, maka calon yang mendapat undi kedua
terbanyak di dalam Mesyuarat Pemilihan yang lepas adalah
dengan tersendiri layak untuk memegang jawatan tersebut serta
dipersetujui oleh persatuan. Jika calon yang demikian tidak
ada ataupun menolak tawaran jawatan itu, maka pemilihan
bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke dalam mesyuarat
agung yang akan datang. FASAL 15. TUGAS-TUGAS
JAWATANKUASA INDUK 15.1. Melantik
Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa. 15.2. Menguatkuasakan dasar-dasar dan
keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau
khas. 15.3. Mengurus dan mentadbir Kelab dan
menjalankan program-program Kelab. 15.4. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan
pentadbiran dan program-program yang diluluskan. 15.5. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau
yang dipinda untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas. 15.6. Menimbang rayuan keputusan Jawatankuasa
Tatatertib bagi ahli-ahli Kelab. 15.7. Membuat lantikan dan pemecatan kakitangan
pengurusan yang bergaji. 15.8. Menimbang permohonan menjadi ahli Kelab. FASAL 16. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA 16.1. Jawatankuasa
Kewangan; 16.2. Jawatankuasa Pembangunan 16.3. Jawatankuasa Teknikal; 16.4. Jawatankuasa
Pemilihan; 16.5. Jawatankuasa
Pertandingan; dan 16.6. Jawatankuasa
Tatatertib. FASAL 17. TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK 17.1. Pengerusi Pengerusi dalam masa jawatannya hendaklah
menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat serta disiplin
ahli-ahlinya. 17.2 Timbalan
Pengerusi Timbalan Pengerusi hendaklah membantu
Pengerusi melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran Kelab. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan
tanggungjawab Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi. 17.3. Naib
Pengerusi Naib
Pengerusi hendaklah membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam
menguruskan pentadbiran Kelab. Semasa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi, Naib Pengerusi kanan hendaklah memangku jawatan tersebut. 17.4 Setiausaha
Setiausaha
bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran Kelab mengikut perlembagaan
dan arahan-arahan Jawatankuasa Induk. Beliau juga bertanggungjawab mengenai
urusan surat-menyurat dan menyimpan buku daftar ahli yang sah. Dia hendaklah
hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha
hendaklah di dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan menghantar penyata-penyata tahunan serta
dokumen-dokumen yang perlu kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia sebagaimana yang
dikehendaki di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. 17.5 Bendahari
Bendahari
hendaklah membuat kutipan yuran pendaftaran dan keahlian, menyimpan semua
rekod dan buku kira-kira. Beliau juga bertanggungjawab untuk memastikan
ketepatan butiran di dalam semua rekod dan buku kira-kira. 17.6 Ahli Jawatankuasa Ahli
Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa-jawatankuasa yang
ditubuhkan di bawah fasal 17 dan menjalankan tugas seperti yang diarahkan
oleh Pengerusi. 17.6.1 Tugas Pengerusi
Jawatankuasa-Jawatankuasa i. Jawatankuasa
Kewangan Pengerusi
Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa
Kewangan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini
ialah untuk mencari sumber pendapatan Kelab seperti tajaan, bantuan dari
kerajaan, derma dan cara-cara lain yang sah dari segi undang-undang Kelab dan
undang-undang negara. ii. Jawatankuasa
Pembangunan
Pengerusi
Jawatankuasa ini hendaklah
mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan melantik ahli
jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk menganjurkan
program-program pembangunan dan latihan serta termasuk pembangunan pegawai
dan jurulatih.
iii. Jawatankuasa Teknikal
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua
mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas
utama Jawatankuasa ini ialah untuk menyemak, menyelaras dan menguatkuasakan
kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan sukan. iv.
Jawatankuasa Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah
mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan melantik ahli
jawatankuasanya. Tugas utama
Jawatankuasa ini ialah untuk mengenalpasti
pemain-pemain untuk diperakukan kepada Jawatankuasa Induk bagi mewakili
Kelab untuk sukan Olahraga
dalam mana-mana pertandingan .
v. Jawatankuasa Pertandingan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah
mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan dan melantik ahli
jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengelolakan
pertandingan-pertandingan di peringkat
Kelab.
vi. Jawatankuasa
Tatatertib Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah
mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dan melantik ahli
jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan kes-kes
berhubung salah laku ahli dan menjatuhkan hukuman terhadap ahli berkenaan. FASAL 18. MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK
18.1 Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat
sekurang-kurangnya sekali di dalam masa tiga
(3) bulan. Notis bagi tiap-tiap
mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terlebih
dahulu. Pengerusi dengan bersendirian
atau tidak kurang daripada empat (4) orang Ahli Jawatankuasa Induk boleh
memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa. 18.2 Sekurang-kurangnya lima (5) orang daripada
Ahli Jawatankuasa Induk hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
mencukupkan korum mesyuarat. FASAL 19. KEWANGAN
19.1 Sumber kewangan Kelab boleh
diperolehi melalui :- i.
yuran pendaftaran dan yuran tahunan ahli; ii.
derma dan tajaan; iii.
bantuan dari kerajaan atau badan-badan berkanun; iv.
hasil-hasil perniagaan Kelab; dan v.
sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang negara. 19.2. Pendapatan Kelab yang diperolehi hendaklah
digunakan bagi tujuan mencapai objektif dan matlamat Kelab dan ahli-ahlinya
seperti yang disebut dalam Perlembagaan ini. 19.3. Semua cek Kelab hendaklah ditandatangani
oleh Bendahari dan Pengerusi atau
Setiausaha . 19.4. Perbelanjaan yang kurang daripada RM500.00 bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh
Bendahari bersama Pengerusi atau Setiausaha. 19.5 Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa
kelulusan Jawatankuasa Induk. 19.6. Bendahari
boleh menyimpan wang runcit tunai tidak melebihi daripada RM 100.00 dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu
mestilah dimasukkan ke dalam akaun Kelab. 19.7. Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan
berserta Lembaran Imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh
Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit
mengikut Perlembagaan dengan seberapa
segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang diaudit hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan
salinannya hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli Kelab. 19.8. Tahun kewangan Kelab ini ialah dari 1
Januari hingga 31 Disember pada tiap-tiap tahun. FASAL 20. JURUAUDIT
20.1 Dua (2) orang yang bukan menjadi Ahli
Jawatankuasa Induk boleh dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan sebagai
Juruaudit. Mereka akan memegang
jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. Tugas Juruaudit ialah
membuat pemeriksaan terhadap penyata kewangan Kelab dan membuat laporan dan
pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan. 20.2 Mesyuarat Agung Tahunan boleh juga
melantik Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan
Kelab sekiranya perlu. FASAL 21. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
Jawatankuasa Induk boleh memberikan
tafsirannya kepada perlembagaan ini.
Jawatankuasa Induk boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak
terkandung di dalam perlembagaan ini sekiranya mustahak. FASAL 22.
PERTIKAIAN DALAMAN Adalah menjadi
tugas Jawatankuasa
Induk Kelab untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul di kalangan ahli-ahli Kelab mengikut
prosedur, peraturan atau kaedah
dalaman Kelab.
FASAL 23. PENAUNG/PENASIHAT 23.1. Jawatankuasa Induk Kelab boleh juga
melantik orang-orang yang layak menjadi penaung atau penasihat bagi Kelab
ini, sekiranya perlu. 23.2. Penaung atau Penasihat tidak mempunyai
kuasa untuk mengundi dan membuat keputusan bagi pihak Kelab. FASAL 24. PINDAAN PERLEMBAGAAN
24.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau
dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung
Khas. 24.2 Permohonan untuk perubahan-perubahan atau
pindaan kepada Perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pesuruhjaya Sukan
Malaysia dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan mesyuarat yang
memutuskan perihal perubahan atau pindaan tersebut. Perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan
ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan Pesuruhjaya
Sukan Malaysia. FASAL 25. LARANGAN
25.1 Segala bentuk perjudian dan aktiviti-aktiviti
yang bertentangan dengan Undang-undang
Malaysia adalah dilarang dilakukan dalam mana-mana premis Kelab. 25.2 Kelab tidak boleh mencuba menghalang atau
dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau mengambil peranan di dalam
gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan ke dalam Ordinan Kesatuan
Sekerja 1959. 25.3 Kelab ini tidak boleh menjalankan aktiviti
loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli Kelab atau tidak, atas nama Kelab
atau pemegang-pemegang jawatan tanpa kelulusan daripada Mesyuarat Agung
Tahunan dan pihak berkuasa. 25.4 Kelab
tidak boleh terlibat dalam mana-mana kegiatan politik atau parti
politik, atau bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa jua parti politik
dan menggunakan nama Kelab dalam apa jua isu-isu politik. FASAL 26. PEMBUBARAN
26.1 Kelab ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat
Agung Khas dengan keputusan majoriti oleh dua pertiga (2/3) daripada ahli
Kelab. 26.2 Sekiranya Kelab ini hendak dibubarkan secara yang disebut
di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut
undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang atau harta benda (aset) yang
tinggal hendaklah diserahkan kepada Pemegang
Amanah Raya Malaysia. 26.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu
hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia di dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu. Disahkan betul: PENGERUSI SETIAUSAHA
Tang Chee Choon Lim Hong See Tarikh : 01-02-2009 |