|
PERLEMBAGAAN TAMAN BUKIT JALIL RUNNING CLUB FASAL 1. NAMA Kelab ini dikenali sebagai TAMAN BUKIT JALIL RUNNING CLUB di dalam
Perlembagaan ini. FASAL 2.
ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
2.1
Alamat Berdaftar Alamat berdaftar TAMAN BUKIT JALIL RUNNING
CLUB ialah di 32, Jalan 4/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6, Jalan Puchong, 58100 Kuala Lumpur. 2.2
Alamat Urusan Alamat urusan TAMAN BUKIT JALIL RUNNING
CLUB ialah di 32, Jalan 4/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6, Jalan Puchong, 58100 Kuala Lumpur. 2.3 Alamat berdaftar
dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk
Kelab dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada
Pesuruhjaya Sukan Malaysia. FASAL 3. DEFINISI 3.1.
KELAB bermakna TAMAN
BUKIT JALIL RUNNING CLUB. 3.2.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna
mesyuarat yang wajib diadakan oleh
kelab ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam fasal 11.2
Perlembagaan ini. 3.3.
JAWATANKUASA INDUK bermakna Jawatankuasa Induk bagi
Kelab seperti yang disebutkan dalam fasal 14 Perlembagaan ini. 3.4.
JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa
yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut fasal 16. 3.5.
PEJABAT bermakna alamat
urusan Kelab seperti yang ditetapkan dalam fasal 2 perlembagaan ini. 3.6.
AHLI KELAB bermakna ahli seperti yang disebutkan
dalam fasal 5 Perlembagaan ini. 3.7.
PESURUHJAYA bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah seksyen 10 Akta
Pembangunan Sukan 1997. FASAL 4. OBJEKTIF DAN MATLAMAT 4.1
Untuk menggalakkan dan membangunkan sukan Olahraga di
peringkat Kelab. 4.2
Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan
daerah, negeri dan kebangsaan bagi sukan Olahraga. 4.3
Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah Kelab dipatuhi dan
diikuti oleh semua ahli. 4.4 Untuk
menjalankan aktiviti tanpa
diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal-usul,
bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh
anggota. 4.5 Untuk
memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti,
penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Kelab yang
sebelumnya, dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan berserta dengan apa-apa
laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Sukan. 4.6
Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih
dan mana-mana orang lain untuk mewakili Kelab dalam sukan Olahraga
adalah terbuka dan adil. 4.7 Untuk
mewakili Kelab dalam mana-mana pertandingan sukan Olahraga. 4.8
Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan yang telah
diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas dengan
majoriti 3 /4 daripada ahli–ahli berhadir yang mempunyai hak undu mengundi untuk
tujuan menambah kewangan Kelab, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang
negara.
4.9.
Semua wang keuntungan yang didapati oleh Kelab daripada penyertaannya
dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk
melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Kelab ini.
Sungguhpun begitu, peruntukan
ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau
perbelanjaan atau kedua-duanya kepada
sebarang ahli atau pekerja Kelab ini.
Kelab juga boleh menubuhkan
Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan
hendaklah dimasukkan dalam Tabung Kewangan Kelab. 4.10 Dilarang menggunakan butir-butir peribadi ahli-ahli Kelab dan /atau butir-butir
peribadi peserta yang menyertai
aktiviti-aktiviti Kelab untuk tujuan perniagaan
4.11 Dilarang menjalani
hubungan seks dan/ atau kegiatan masiat yang
tidak bermoral sesama ahli-ahli Kelab FASAL 5. KEAHLIAN Keahlian Kelab
ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada tiga (3)
kategori seperti berikut :- 5.1 Ahli
Biasa Individu-individu
yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan telah diterima keahliannya
oleh Jawatankuasa Induk Kelab dan hanya boleh mengundi serta diundi setelah
memenuhi syarat –syarat Fasal 9.1 5.2
Ahli Kehormat Individu-individu
yang pernah berjasa kepada kelab atau individu-individu yang boleh memberi
sumbangan kepada kelab yang dilantik
oleh Jawatankuasa Induk Kelab tetapi tidak boleh mengundi dan diundi. 5.3
Ahli Remaja Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke bawahdan mesti
mendapat kebenaran bertulis daripada ibu/bapa/penjaga
serta diluluskan oleh Jawatankuasa Induk. FASAL 6. YURAN KEAHLIAN 6.1
Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran
kepada Kelab seperti
berikut :-
6.2 Tiada yuran tahunan akan dikenakan terhadap
Ahli Biasa, Ahli Kehormat dan Ahli Remaja FASAL 7. PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI Semua permohonan untuk menjadi ahli
hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada
Setiausaha. Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang
permohonan tanpa memberi alasan. FASAL 8. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI 8.1. Tiap-tiap ahli Kelab dibenarkan
menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab ini. 8.2 Setiap
ahli Kelab berhak menerima dengan percuma satu
salinan Perlembagaan Kelab sekali sahaja semasa
pendaftaran. FASAL 9. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN
9.1 Ahli Biasa Ahli Biasa hanya berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung
Tahunan yang dijalankan pada tahun berkenaan dan boleh mengundi dan diundi
dalam mesyuarat tersebut sahaja
setelah dia memenuhi semua syarat - syarat berikut :- (a)
Telah menyertai aktiviti Kelab untuk tahun-tahun lepas dengan syarat (i) Mesti pernah memegang jawatan Ahli Jawatan
Kuasa dalam Jawatankuasa yang ditubuhkan khas
untuk mengelola aktiviti Kelab;
ATAU (ii) mesti pernah memegang jawatan Ketua
dalam Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan untuk mengelola
aktiviti Kelab; DAN (iii) mesti menyertai aktiviti Kelab untuk tiga
kali berturut –turut
FASAL 10. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 10.1 Mana-mana ahli Kelab yang membuat
permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu
diluluskan oleh Jawatankuasa Induk adalah dianggap sebagai telah berhenti
menjadi ahli Kelab. 10.2 Setiap ahli Kelab yang didapati
menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan Kelab terutamanya
Fasal 4.10 dan 4.11 bolehdipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu
tempoh masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa
Tatatertib. Sebelum tindakan
sedemikian diambil, ahli itu hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli
berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela diri. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah
berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Ahli
yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam
tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa
Tatatertib. Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa samada untuk menerima, menolak
atau membuat apa-apa keputusan yang lain berhubung dengan rayuan tersebut dan
keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad. FASAL 11. MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN 11.1 Mesyuarat Agung Tahunan adalah badan yang
tertinggi dan menyeluruh bagi Kelab
ini berdasarkan kepada objektif dan matlamatnya. 11.2 Mesyuarat
Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh 31 Mac tiap-tiap
tahun pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk.
Sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis, hendaklah diberikan secara
bertulis oleh Setiausaha kepada semua ahli Kelab. Notis itu hendaklah
disertakan dengan agenda mesyuarat bersama-sama dengan semua salinan dokumen
yang dinyatakan dalam agenda tersebut. 11.3 Korum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah
dihadiri oleh tidak kurang satu pertiga (1/3) daripada bilangan keahlian yang
layak mengundi. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari
masa yang ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru
dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih lagi tidak mencukupi
pada tarikh baru mesyuarat itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan
mesyuarat seperti yang telah ditetapkan. 11.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada
semua ahli dan Pesuruhjaya Sukan salinan Penyata Tahunan tiap-tiap Mesyuarat
Agung Tahunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesainya mesyuarat
itu. FASAL 12. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
12.1 AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Mesyuarat Agung
Tahunan mestilah mengandungi antara
lain agenda-agenda
berikut :- i.
menerima dan mengesahkan minit
Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas; ii.
menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan
kelab dalam sepanjang tahun yang lalu; iii.
menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah
diaudit bagi tahun yang lalu. iv.
menguruskan hal-hal lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat Agung Tahunan ; dan v.
memilih Jawatankuasa Induk yang baru mengikut fasal 14.1 perlembagaan ini dan melantik dua (2) orang juruaudit mengikut fasal 20.1 perlembagaan
ini setiap dua (2) tahun sekali. FASAL 13. MESYUARAT AGUNG KHAS 13.1 Mesyuarat Agung Khas bagi Kelab ini boleh diadakan: i.
bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Induk atau dengan kehendak
Pengerusi ; atau ii.
atas permintaan secara bertulis oleh tidak kurang daripada separuh(1/2)
daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan
dan sebab-sebabnya. 13.2 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh
ahli-ahli yang berhak mengundi hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam
tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat. 13.3 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat
Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha
sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
bermesyuarat. 13.4 Korum Mesyuarat Agung Tahunan boleh
digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak
mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi
mesyuarat itu, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya
enam (6) bulan daripada tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan
ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan. 13.5 Tidak boleh diadakan pemilihan dalam
Mesyuarat Agung Khas. FASAL 14. JAWATANKUASA INDUK 14.1 Jawatankuasa Induk Kelab hendaklah terdiri
daripada: i.
seorang (1 ) Pengerusi ii.
seorang (1) Timbalan Pengerusi iii.
seorang (1) Naib Pengerusi iv.
seorang (1) Setiausaha v.
seorang (1) Penolong Setiausaha vi.
seorang (1) Bendahari vii.
seorang (1) Penolong Bendahari, dan viii.
empat (4) orang Ahli Jawatankuasa 14.2 Pemegang-pemegang jawatan dalam
Jawatankuasa Induk dan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah :- i.
berumur lapan belas (18) tahun ke atas; ii.
bukan seorang yang muflis; iii.
tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan sukan dalam
tempoh lima (5) tahun yang lalu; iv.
tidak disabitkan kesalahan jenayah dalam tempoh lima (5) tahun yang
lalu; dan v.
Sempurna akal 14.3 Mana-mana pemegang jawatan yang didakwa di
Mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-
merta. 14.4 Sekiranya terdapat kekosongan jawatan
disebabkan penjawat Jawatan telah melepaskan jawatan ataupun telah meninggal
dunia, maka calon yang mendapat undi kedua terbanyak di dalam Mesyuarat
Pemilihan yang lepas adalah dengan tersendiri layak untuk memegang jawatan tersebut serta
dipersetujui oleh Kelab Jika
calon yang demikian tidak ada ataupun menolak tawaran jawatan itu, maka
pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke dalam mesyuarat
agung yang akan datang. FASAL 15. TUGAS-TUGAS
JAWATANKUASA INDUK 15.1. Melantik
Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa. 15.2. Menguatkuasakan dasar-dasar dan
keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau
khas. 15.3. Mengurus dan mentadbir Kelab dan
menjalankan program-program Kelab. 15.4. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan
pentadbiran dan program-program yang diluluskan. 15.5. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau
yang dipinda untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas. 15.6. Menimbang rayuan keputusan Jawatankuasa
Tatatertib bagi ahli-ahli Kelab. 15.7. Membuat lantikan dan pemecatan kakitangan
pengurusan yang bergaji. 15.8. Menimbang permohonan menjadi ahli Kelab. FASAL 16. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA 16.1. Jawatankuasa
Kewangan; 16.2. Jawatankuasa Pembangunan 16.3. Jawatankuasa Teknikal; 16.4. Jawatankuasa
Pemilihan; 16.5. Jawatankuasa
Pertandingan; dan 16.6. Jawatankuasa
Tatatertib. FASAL 17. TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK 17.1. Pengerusi Pengerusi dalam masa jawatannya hendaklah
menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat serta disiplin
ahli-ahlinya. 17.2 Timbalan
Pengerusi Timbalan Pengerusi hendaklah membantu
Pengerusi melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran Kelab. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan
tanggungjawab Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi. 17.3. Naib
Pengerusi Naib
Pengerusi hendaklah membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam
menguruskan pentadbiran Kelab. Semasa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi, Naib Pengerusi kanan hendaklah memangku jawatan tersebut. 17.4 Setiausaha
Setiausaha
bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran Kelab mengikut perlembagaan
dan arahan-arahan Jawatankuasa Induk. Beliau juga bertanggungjawab mengenai
urusan surat-menyurat dan menyimpan buku daftar ahli yang sah. Dia hendaklah
hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha
hendaklah di dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan menghantar penyata-penyata tahunan serta
dokumen-dokumen yang perlu kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia sebagaimana yang
dikehendaki di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. 17.5 Bendahari
Bendahari hendaklah
membuat kutipan yuran pendaftaran , menyimpan semua rekod dan buku kira-kira.
Beliau juga bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan butiran di dalam
semua rekod dan buku kira-kira. 17.6 Ahli Jawatankuasa Ahli
Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa-jawatankuasa yang
ditubuhkan di bawah fasal 17 dan menjalankan tugas seperti yang diarahkan
oleh Pengerusi. 17.6.1 Tugas Pengerusi
Jawatankuasa-Jawatankuasa i. Jawatankuasa
Kewangan Pengerusi
Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa
Kewangan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini
ialah untuk mencari sumber pendapatan Kelab seperti tajaan, bantuan dari
kerajaan, derma dan cara-cara lain yang sah dari segi undang-undang Kelab dan
undang-undang negara. ii. Jawatankuasa
Pembangunan
Pengerusi
Jawatankuasa ini hendaklah
mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan melantik ahli jawatankuasanya.
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk menganjurkan program-program
pembangunan dan latihan serta termasuk pembangunan pegawai dan jurulatih. iii.
Jawatankuasa
Teknikal
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua
mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas
utama Jawatankuasa ini ialah untuk menyemak, menyelaras dan menguatkuasakan
kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan sukan. iv.
Jawatankuasa Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah
mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan melantik ahli
jawatankuasanya. Tugas utama
Jawatankuasa ini ialah untuk mengenalpasti
pemain-pemain untuk diperakukan kepada Jawatankuasa Induk bagi mewakili
Kelab untuk sukan Olahraga
dalam mana-mana pertandingan .
v. Jawatankuasa Pertandingan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah
mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan dan melantik ahli
jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengelolakan
pertandingan-pertandingan di peringkat
Kelab.
vi. Jawatankuasa
Tatatertib Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah
mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dan melantik ahli
jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan kes-kes
berhubung salah laku ahli dan menjatuhkan hukuman terhadap ahli berkenaan. FASAL 18. MESYUARAT
JAWATANKUASA INDUK
18.1 Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat
sekurang-kurangnya sekali di dalam masa tiga
(3) bulan. Notis bagi tiap-tiap
mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terlebih
dahulu. Pengerusi dengan bersendirian
atau tidak kurang daripada empat (4) orang Ahli Jawatankuasa Induk boleh
memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa. 18.2 Sekurang-kurangnya lima (5) orang daripada
Ahli Jawatankuasa Induk hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
mencukupkan korum mesyuarat. FASAL 19. KEWANGAN
19.1 Sumber kewangan Kelab boleh
diperolehi melalui :- i.
yuran
pendaftaran dan yuran tahunan ahli; ii.
derma dan
tajaan; iii.
bantuan dari
kerajaan atau badan-badan berkanun; iv.
hasil-hasil
perniagaan Kelab; dan v.
sumber-sumber
lain yang dibenarkan oleh undang negara. 19.2. Pendapatan Kelab yang diperolehi hendaklah
digunakan bagi tujuan mencapai objektif dan matlamat Kelab dan ahli-ahlinya
seperti yang disebut dalam Perlembagaan ini. 19.3. Semua cek Kelab hendaklah ditandatangani
oleh Bendahari dan Pengerusi atau
Setiausaha . 19.4. Perbelanjaan yang kurang daripada RM500.00 bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh
Bendahari bersama Pengerusi atau Setiausaha. 19.5 Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa
kelulusan Jawatankuasa Induk. 19.6. Bendahari
boleh menyimpan wang runcit tunai tidak melebihi daripada RM 100.00 dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu
mestilah dimasukkan ke dalam akaun Kelab. 19.7. Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan
berserta Lembaran Imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh
Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit
mengikut Perlembagaan dengan seberapa
segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang diaudit hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan
salinannya hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli Kelab. 19.8. Tahun kewangan Kelab ini ialah dari 1 Januari
hingga 31 Disember pada tiap-tiap tahun. FASAL 20. JURUAUDIT
20.1 Dua (2) orang yang bukan menjadi Ahli
Jawatankuasa Induk boleh dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan sebagai
Juruaudit. Mereka akan memegang
jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. Tugas Juruaudit ialah
membuat pemeriksaan terhadap penyata kewangan Kelab dan membuat laporan dan
pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan. 20.2 Mesyuarat Agung Tahunan boleh juga
melantik Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan
Kelab sekiranya perlu. FASAL 21. TAFSIRAN
UNDANG-UNDANG
Jawatankuasa Induk boleh memberikan
tafsirannya kepada perlembagaan ini.
Jawatankuasa Induk boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak
terkandung di dalam perlembagaan ini sekiranya mustahak. FASAL 22.
PERTIKAIAN DALAMAN Adalah menjadi tugas Jawatankuasa Induk Kelab untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul di kalangan ahli-ahli Kelab mengikut
prosedur, peraturan atau kaedah
dalaman Kelab.
FASAL 23. PENAUNG/PENASIHAT 23.1. Jawatankuasa Induk Kelab boleh juga
melantik orang-orang yang layak menjadi penaung atau penasihat bagi Kelab
ini, sekiranya perlu. 23.2. Penaung atau Penasihat tidak mempunyai kuasa
untuk mengundi dan membuat keputusan bagi pihak Kelab. FASAL 24. PINDAAN
PERLEMBAGAAN
24.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau
dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung
Khas. 24.2 Permohonan untuk perubahan-perubahan atau
pindaan kepada Perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pesuruhjaya Sukan
Malaysia dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan mesyuarat yang
memutuskan perihal perubahan atau pindaan tersebut. Perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan
ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan Pesuruhjaya
Sukan Malaysia. FASAL 25. LARANGAN
25.1 Segala bentuk perjudian dan
aktiviti-aktiviti yang bertentangan
dengan Undang-undang Malaysia adalah dilarang dilakukan dalam
mana-mana premis Kelab. 25.2 Kelab tidak boleh mencuba menghalang atau
dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau mengambil peranan di dalam
gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan ke dalam Ordinan Kesatuan
Sekerja 1959. 25.3 Kelab ini tidak boleh menjalankan aktiviti
loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli Kelab atau tidak, atas nama Kelab
atau pemegang-pemegang jawatan tanpa kelulusan daripada Mesyuarat Agung
Tahunan dan pihak berkuasa. 25.4 Kelab
tidak boleh terlibat dalam mana-mana kegiatan politik atau parti
politik, atau bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa jua parti politik
dan menggunakan nama Kelab dalam apa jua isu-isu politik. FASAL 26. PEMBUBARAN
26.1 Kelab ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat
Agung Khas dengan keputusan majoriti oleh dua pertiga (2/3) daripada ahli
Kelab. 26.2 Sekiranya Kelab ini hendak dibubarkan secara yang disebut
di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut
undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang atau harta benda (aset) yang
tinggal hendaklah diserahkan kepada Pemegang
Amanah Raya Malaysia. 26.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu
hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia di dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu. Disahkan betul: PENGERUSI SETIAUSAHA
Tang Chee Choon Lim Hong See Tarikh : 01-02-2009 |
||||||
|
|