Short Constitution 20100926 

 

FASAL 5.              KEAHLIAN

 

Keahlian Kelab ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada tiga (3) kategori seperti berikut :-

 

5.1           Ahli Biasa

Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan telah diterima keahliannya oleh Jawatankuasa Induk Kelab dan boleh mengundi serta diundi.

 

5.2    Ahli Kehormat

Individu-individu yang pernah berjasa kepada kelab atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada kelab yang dilantik  oleh Jawatankuasa Induk Kelab tetapi tidak boleh mengundi dan diundi.

 

5.3    Ahli Remaja

Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke bawah

dan mesti mendapat kebenaran  bertulis daripada ibu/bapa/penjaga serta diluluskan oleh Jawatankuasa Induk.

 

FASAL 6.              YURAN KEAHLIAN

 

6.1    Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran kepada       Kelab seperti berikut  :-

 

Bil

Jenis Ahli

Yuran Pendaftaran

1.

Ahli Biasa

RM 10.00

 

11.3         Korum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihadiri oleh tidak kurang satu pertiga (1/3) daripada bilangan keahlian yang layak mengundi. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari masa yang ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih lagi tidak mencukupi pada tarikh baru mesyuarat itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat seperti yang telah ditetapkan.

 

FASAL 18.            MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK

 

18.1         Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam masa tiga (3) bulan.  Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terlebih dahulu.  Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang Ahli Jawatankuasa Induk boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa.

 

18.2         Sekurang-kurangnya lima (5) orang daripada Ahli Jawatankuasa Induk hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

 

19.6.        Bendahari  boleh menyimpan wang runcit tunai tidak melebihi daripada RM 100.00 dalam sesuatu masa.  Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun Kelab.

www.huatuan.com/ab4/bukitjalil/constitution/shortconstitution20100926.htm