www.huatuan.com/kl/indah/kebakaran
www.huatuan.com/kl/indah www.huatuan.com/kl
|
14 keluarga mangsa kebakaran terima bantuan |
|
Skuad Bantuan
Kecemasan PPZ seramai tujuh orang yang diketuai Pengurus Operasinya, Abdul
Hakim Amir Osman tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 pagi telah
menyerahkan wang tunai RM300 bagi setiap 13 keluarga manakala seorang
menerima RM200. Ketua-ketua keluarga mangsa yang menerima bantuan itu,
Norshamsudin Mohd Rawi, 33; Mohd Isa Paiman, 51; Adnan Manan, 33; Mohd Safri
Ahmad, 44; Mohd Hafiz Jamal, 26; Latif Mohd, 28; Jafri Wahab, 33; Salmah
Ibrahim, 40; Rosily Rahim, 37; Mohd Nasrul Zakir Abu Hassan, 24; Baharudin
Ramli,37; Zulkifli Ludin,39; Mohd Nasir Abdul Hamid,
38 dan Che Murad Ri, 35 tahun. Menurut Abdul Hakim,
wang tunai yang diserahkan kepada semua mangsa bagi membeli keperluan asas
sebelum bantuan daripada Baitulmal Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak lain.
Semua mangsa kebakaran diminta membuat permohonan bantuan khususnya dengan
pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan. “Sumbangan yang
dihulurkan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial PPZ terhadap
masyarakat sekitar
Abdul Hakim berkata,
pihak PPZ amat berterima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL)dan Baitulmal Wilayah Persekutuan yang turut serta memberikan bantuan
terutamanya maklumat taksiran kerugian, senarai nama keluarga mangsa,
makluman mengenai tempat kejadian kebakaran dan bantuan keperluan seperti
makanan, pakaian kepada keluarga-keluarga mangsa. |